Friday, 20 July 2012

KELUARGA DAN WANG

Keluarga dan wang saling berkait. Sudah tentu ia menjadi tugas utama suami yang menanggung, mencari rezeki dan menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tetapi kita lihat hari ini bukan itu sahaja keperluan asas ye...kenderaan? telefon? pelajaran & pendidikan?...anda setuju dengan saya, mungkin boleh bagi komen.

Penulis baru balik dari pasar tadi, pergi membeli bahan mentah untuk dimasak, bawa anak sekali, yang sulong Abang dan adiknya. Baby dok rumah bersama mamanya...batul tak kalau saya katakan hampir 90% kita akan belanja lebih apabila kita membeli belah bersama-sama anak-anak kita kerana ada saja yang toy yang nak dibelikan. Kalau abang nak, adik akan dapat satu hadiahnya. Jika tidak menangis tak berlagu lah mereka...silap-silap berguling situ dan tak nak balik. Terpaksalah beli seorang satu...dah lebih dari budget ditetapkan...
1.35pm/ 1 Ramadhan 1433H/21 July 2012

SATU PEMULAAN

Salam sejahtera dan salam pengenalan kepada semua pembaca blog ini. Saya bersyukur kepadaNya yang Maha Esa kerana dapat juga saya melontar sedikit bicara perkongsian kepada semua, semoga ia mendapat keberkatan yang berpanjangan.

Blog mnawi...sharing, diilhamkan pada 1 Ramadhan 1433/21 July 2012. Keberkatan Ramadhan didoakan semoga blog ini juga mendapat kesannya agar yang baik itu diteruskan dan yang tidak itu adalah kelemahan jua sebagai insan.

Insyallah jika ada kesempatan, saya ingin berkongsi sedikit dalam blog ini fokus tentang pengurusan kewangan Islam, kesihatan kewangan, pelaburan dan kekeluargaan. Semoga mnawi...sharing ini menjadi suatu blog yang berinformasi dan memberi satu impak yang baik dunia dan akhirat. Berpesan-pesan kearah kebaikan serta ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan sebagai insan. Insyaallah :)
3.00am 1 Ramadhan 1433/21 July 2012.