Keluarga dan wang saling berkait. Sudah tentu ia menjadi tugas utama suami yang menanggung, mencari rezeki dan menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tetapi kita lihat hari ini bukan itu sahaja keperluan asas ye...kenderaan? telefon? pelajaran & pendidikan?...anda setuju dengan saya, mungkin boleh bagi komen.
Penulis baru balik dari pasar tadi, pergi membeli bahan mentah untuk dimasak, bawa anak sekali, yang sulong Abang dan adiknya. Baby dok rumah bersama mamanya...batul tak kalau saya katakan hampir 90% kita akan belanja lebih apabila kita membeli belah bersama-sama anak-anak kita kerana ada saja yang toy yang nak dibelikan. Kalau abang nak, adik akan dapat satu hadiahnya. Jika tidak menangis tak berlagu lah mereka...silap-silap berguling situ dan tak nak balik. Terpaksalah beli seorang satu...dah lebih dari budget ditetapkan...
1.35pm/ 1 Ramadhan 1433H/21 July 2012
No comments:
Post a Comment